Soalan Lazim


 
  1. Dimana perlu saya serahkan permohonan untuk bertukar kepada YES?
    Permohonan untuk bertukar ke talian YES boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi MyYes. Sekiranya anda adalah pelanggan baru YES, anda boleh memilih daripada pelbagai pelan YES yang sedia ada. Anda akan menerima kad SIM dengan nombor sementara daripada YES. Setelah menerima kad SIM, sila muat turun aplikasi MyYes untuk pengaktifan dan pengesahan sebelum bertukar ke nombor asal anda. Anda boleh bertukar ke nombor asal semasa proses pengaktifan ataupun pada bila-bila masa sahaja selepas itu.
    Sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada YES. Rujuk “Quick Access”, pilih “Switch to YES” dan “Keep Your Number”. Anda akan menerima SMS pengesahan dari telco berkenaan. Balas SMS tersebut untuk mengesahkan pertukaran talian. Anda juga boleh ke kedai YES atau kiosk YES yang terdekat untuk memohon pertukaran ke talian YES.

  2. Apakah yang harus saya lakukan atau semak sebelum menghantar permohonan untuk beralih kepada YES?
    Untuk proses peralihan yang lancar ke rangkaian YES, pastikan dan semak perkara berikut dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda:
    1. Akaun anda mesti aktif;
    2. Tiada bil tertunggak/ belum dijelaskan
    3. Tiada obligasi kontrak tertunggak;
    4. Talian tambahan mesti ditukar bersama-sama Nombor Utama.
    Jika diperlukan, anda mungkin juga ingin menyimpan semua nombor kenalan anda daripada kad SIM yang ada sebelum beralih ke YES.

  3. Bagaimanakah cara untuk mengetahui status peralihan saya kepada YES?
    Anda akan menerima notifikasi SMS daripada pembekal perkhidmatan semasa anda [setelah berjaya beralih kepada YES].

  4. Bagaimanakah cara untuk menyemak status pertukaran talian saya secara online?
    Anda boleh menyemak status pertukaran anda melalui aplikasi MyYes. Tekan ikon “Switch to Yes” dan klik “Check Status”.

  5. Adakah saya akan menghadapi gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan?
    Anda tidak akan menghadapi sebarang gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan. Namun begitu, jika anda berhasrat untuk ke luar negara semasa proses pertukaran, anda mungkin perlu menghubungi penyedia perkhidmatan semasa anda untuk mengetahui sama ada akan berlaku sebarang gangguan untuk perkhidmatan perayauan. Tidak akan ada gangguan perkhidmatan daripada pihak YES.

  6. Bolehkah saya membatalkan permohonan saya untuk beralih?
    Anda masih boleh membatalkan permohonan untuk beralih jika permintaan itu sedang diproses. Setelah peralihan berjaya, anda tidak akan dapat membatalkan permohonan tersebut.

  7. Adakah saya perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa saya sebelum beralih kepada YES?
    Tidak, anda tidak perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa anda. Perkhidmatan sedia ada anda dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa akan dihentikan secara automatik setelah anda berjaya beralih kepada YES.

  8. Jika anda bukan pelanggan YES, adakah anda akan terima kad SIM baru setelah saya beralih kepada YES?
    Ya, kami akan menyediakan Kad SIM yang baru apabila anda beralih kepada YES.

  9. Bolehkah nombor saya dialih tanpa kebenaran saya?
    Tidak boleh. Peralihan nombor tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran anda. YES mesti mengesahkan permohonan dan dokumen sokongan pelanggan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses peralihan.

  10. Bagaimanakah jika salah satu pemegang talian tambahan saya tidak mahu beralih?
    Sebagai pemegang akaun utama, anda perlu mengunjungi penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk menamatkan talian tambahan yang berkaitan. Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. Setelah proses ini selesai, maka anda sebagai pemegang akaun utama boleh beralih kepada YES.

  11. Bolehkah saya menukar nombor saya kepada penyedia perkhidmatan yang lain lebih daripada satu kali?
    Ya, tetapi anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan MNP dalam jangka masa yang sama kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang berbeza.

  12. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk beralih kepada YES?
    Proses ini tidak akan mengambil lebih daripada 1 atau 2 hari bekerja untuk peralihan talian individu.

  13. Berapakah yang perlu saya bayar untuk beralih kepada YES?
    Permohonan untuk beralih kepada YES adalah percuma. Namun begitu, anda perlu membayar fi komitmen Pelan Perkhidmatan berdasarkan kepada pelan yang anda pilih.

  14. Apakah yang akan berlaku dengan penggunaan yang belum dicatat dalam bil oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa saya sementara menunggu untuk beralih kepada YES?
    Anda perlu membayar penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk penggunaan yang belum dibil apabila menerima invois, walaupun anda telah berjaya beralih kepada YES. Jika tidak, anda akan disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda kerana tidak menjelaskan bil tertunggak anda.

  15. Saya telah mendaftar pakej YES bundle melalui aplikasi MyYes atau di kedai YES atas talian. Pada masa yang sama, pertukaran kad SIM saya telah berjaya dilakukan melalui aplikasi MyYes. Namun sekiranya permohonan saya ditolak, apakah yang akan berlaku kepada kontrak sah laku di bawah pakej bundle tersebut?
    “Nombor sementara YES akan diberikan semasa pengaktifan kad SIM anda. Nombor sementara YES akan kekal aktif sehinggalah anda memohon pertukaran talian semula, dan setelah selesai tunggakan bil dengan syarikat telco sedia ada. Sekiranya permohoan anda ditolak, anda boleh terus menggunakan nomnor sementara YES sebagai nombor kekal anda ataupun membatalkan pakej bundle dan servis anda. Sekiranya anda ingin menamatkan pakej tersebut, anda tertakluk kepada kontrak pakej bundle dan perlu membayar caj penamatan awal”

  16. Saya telah mendaftar untuk pelan SIM Prabayar/Pascabayar melalui aplikasi MyYes atau kedai YES atas talian. Saya juga berjaya mengaktifan SIM dan memohon penukaran melalui aplikasi MyYes. Apa yang akan berlaku keapda pelan saya sekiranya pemohonan saya gagal?
    Nombor sementara YES akan diberikan semada pengaktifan kad SIM anda. Nombor sementara YES akan kekal aktif sehinggalah anda memohon penukaran anda, dan setelah membayar sebarang tunggakan bil dengan syarikat telco anda.

  17. Siapakah yang boleh saya hubungi jika permintaan beralih ke YES saya gagal?
    Anda boleh e-mel kepada kami melalui yescare@yes.my.

  18. Bolehkah saya keluar daripada YES setelah saya mengemukakan permohonan untuk menamatkan akaun YES saya?
    Setelah anda mengemukakan permohonan anda untuk menamatkan perkhidmatan YES, akaun YES anda akan dianggap tidak aktif semasa proses penamatan, dan anda tidak boleh mengalih nombor anda ke penyedia perkhidmatan yang lain.