Soalan Lazim


 
  1. Apa itu program YES Kasi Up Refer & Earn (Rujuk & Peroleh)?
    Dengan program YES Kasi Up Refer & Earn, pelanggan YES pascabayar dan prabayar boleh menjana ganjaran wang tunai sekiranya kod rujuk mereka digunakan untuk pembelian YES Pascabayar ataupun Prabayar yang baru.

    Tertakluk pada terma dan syarat
  2. Di manakah saya boleh mendapatkan Kod Rujukan saya?
    Kod Rujukan anda merupakan nombor telefon anda. Sekiranya sesiapa menggunakan kod rujukan anda semasa membuat pembelian sebarang Pelan Perkhidmatan Pascabayar ataupun Prabayar YES, anda akan menerima ganjaran wang tunai sebaik sahaja akaun mereka diaktifkan.
  3. Adakah saya akan dikecualikan daripada mengikuti Program YES Kasi Up Rujuk & Peroleh sekiranya sudahpun melanggani Pelan Perkhidmatan Berkecuali lain?
    Anda boleh turut serta dalam Program YES Kasi Up Rujuk & Peroleh selagi anda telah melanggani Pelan Perkhidmatan Pascabayar ataupun Prabayar YES. Berkaitan dengan Pelan Perkhidmatan Berkecuali, anda hanya perlu berkongsi Kod Rujukan daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar ataupun Prabayar yang anda langgani.
  4. Sebagai Perujuk, bagaimanakah caranya untuk berkongsi Kod Rujukan saya?
    Anda boleh berkongsi Kod Rujukan anda menerusi butang “Refer Now” (Rujuk Sekarang) di aplikasi MyYes.
    • log masuk aplikasi MyYes
    • Klik sepanduk “Earn Reward when you refer Friends” (Jana Ganjaran dengan merujuk kawan)
    • klik butang “REFER NOW” (Rujuk Sekarang)
    • pilih pelantar media sosial yang anda ingin gunakan sebagai perantara untuk berkongsi Kod Rujukan anda
  5. Bolehkah saya menggunakan Kod Rujukan sendiri untuk melanggani sebarang Pelan Kasi Up, Pelan Jaringan Prihatin atau YES Postpaid Merdeka RM1 ?
    Tidak. Anda tidak boleh menggunakan Kod Rujukan sendiri untuk melanggan Pelan Kasi Up, Pelan Jaringan Prihatin atau YES Postpaid Merdeka RM1 bawah Program YES Kasi Up Rujuk & Peroleh.
  6. Apakah Ganjaran Wang Tunai Kasi Up?
    Ganjaran Wang Tunai Kasi Up yang ditawarkan adalah berdasarkan pelan yang diperoleh dengan menggunakan Kod Rujukan anda.
    No  Pelan R&R   Tempoh Ganjaran Wang Tunai yang diperoleh
    Jumlah ganjaran yang diperoleh elepas Pengaktifan Bulan 1 (30 hari) Bulan 2 (60 hari) Bulan 3 (90 hari) Bulan 4 (120 hari) Bulan 5 (150 hari) Bulan 6 (180 hari) Bulan 7 (210 hari) Bulan 8 (240 hari) Bulan 9 (270 hari)
    1 Kasi Up Pascabayar 49 (tanpa kontrak) RM 50 RM 20 RM 10 RM 10 RM 10
    2 Kasi Up Pascabayar 49 (dengan kontrak) RM 15 RM 20 RM 10 RM 10 RM 10
    3 Kasi Up Pascabayar 49 Fon bundle (dengan kontrak) RM 15 RM 15
    4 Kasi Up Pascabayar 49 RM 5 RM 5
    5 YES Prihatin Learn From Home for Families RM  10 RM  10
    6 YES Prihatin Learn From Home for Individuals RM  10 RM  10
    7 YES Prihatin Learn From Home Family Postpaid RM  10 RM  10
    8 YES Prihatin Learn From Home Individual Postpaid RM  10 RM  10
    9 YES Postpaid Merdeka RM1 RM 10 RM 10
    10 Pakej YES Remaja Keluarga Malaysia RM 5 RM 5
    11 YES Postpaid FT5G RM49 RM  50 RM  20 RM 10 RM 10 RM 10
    12 YES Postpaid FT5G RM99** RM  50 RM  20 RM 10 RM 10 RM 10
    13 YES Prepaid FT5G Plan RM 5 RM 5
    *Tertakluk kepada Terma & Syarat
    **YES Postpaid FT5G RM99 terdiri daripada:-
    (i) YES Postpaid FT5G RM99 Xiaomi 11 Lite 5G NE 8_128
    (ii) YES Postpaid FT5G RM99 Xiaomi 11 Lite 5G NE 8_256
    (iii) YES Postpaid FT5G RM99 Xiaomi 11T 8_128
    (iv) YES Postpaid FT5G RM99 Xiaomi 11T 8_256
    (v) YES Postpaid FT5G RM99 Xiaomi 11T Pro 8_256
    (vi) YES Postpaid FT5G RM99 Xiaomi 11T Pro 12_256
    (vii) YES Postpaid FT5G RM99 Realme GT Master 5G 12_256
    (viii) YES Postpaid FT5G RM99 Vivo Y76 5G 8_128
    (ix) YES Postpaid FT5G RM99 Vivo V23e 5G 8_128
    (x) YES Postpaid FT5G RM99 Nokia X20 5G 8_128
    (xi) YES Postpaid FT5G RM99 Oppo A74 5G 6_128
    (xii) YES Postpaid FT5G RM99 Oppo Reno 6Z 5G 8_128
    (xiii) YES Postpaid FT5G RM99 Oppo Reno 6 5G 8_128
  7. Adakah bilangan individu yang dirujuk bawah Program YES Kasi Up Rujuk & Peroleh ini, terhad?
    Tidak, bilangan rujukan adalah tidak terhad. Anda dapat memperoleh wang tunai banyak dengan merujuk sebanyak individu yang boleh.
  8. Bolehkah saya pindahkan Kod Rujukan saya kepada individu lain?
    Tidak. Anda tidak boleh memindahkan Kod Rujukan anda kepada individu lain.
  9. Bilakah boleh saya menebus Ganjaran Wang Tunai Kasi Up?
    Anda boleh menebus Ganjaran Tunai Kasi Up sebaik sahaja ia dipaparkan di dalam walet (dompet) anda. Anda boleh:
    (a) Memohonn hanya satu (1) pengeluaran tunai, dan
    (b) mengeluarkan RM50 minimum ataupun RM5,000 maksimum setiap hari
    Tambahan lagi, anda hanya dibenarkan melakukan pengeluaran wang maksimum sejumlah RM20,000 sebulan.
  10. Masih bolehkah saya menuntut ganjaran wang tunai Kasi Up dari walet (dompet) selepas perkhidmatan akaun saya ditamatkan?
    Tidak. Sebaik sahaja perkhidmatan Akaun anda ditamatkan, anda tidak akan dapat menuntut ganjaran wang tunai Kasi Up yang lepas. Wang tunai yang tidak dituntut akan diserah kepada Pendaftar Wang Tidak Di Tuntut bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
  11. Bagaimana boleh saya gunakan ganjaran wang tunai Kasi Up di dalam walet (dompet) saya?
    Anda boleh:
    (a) Keluarkan wang tunai
    (b) Bayar bil anda
    (c) Tambah nilai prabayar
    (d) Tambah nilai data (kecuali tambah nilai Data Perayauan)
  12. Bagaimanakah caranya untuk mengeluarkan ganjaran wang tunai Kasi Up yang diperoleh?
    1. Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk
    2. Klik sepanduk “Yes Kasi Up Refer & Earn”
    3. Klik butang “Redeem”
    4. Pilih “Cash Out”
    5. Masukkan maklumat bank, peribadi serta jumlah yang ingin dikeluarkan
    6. Klik butang “Request TAC”
    7. Masukkan nombor TAC 6 angka yang dihantar melalui SMS kepada telefon nombor berdaftar anda
    8. Klik butang “Submit”
  13. Bagaimanakah cara untuk menggunakan ganjaran wang tunai Kasi Up untuk membayar bil?
    1. Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk
    2. Klik sepanduk “Yes Kasi Up Refer & Earn”
    3. Klik butang “Redeem”
    4. Klik butang “Choose Bill Payment”
    5. Klik butang “Pay Outstanding Amount”
    6. Klik butang “Payment Type My Rewards”
    7. Klik butang “Pay Now”
  14. Bagaimanakah cara untuk menggunakan ganjaran wang tunai Kasi Up untuk menambah nilai pelan prabayar?
    1. Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk
    2. Klik sepanduk “Yes Kasi Up Refer & Earn”
    3. Klik butang “Redeem”
    4. Klik butang “Reload Option”
    5. Klik butang “Type of Reload Amount”
    6. Klik butang “Payment Type My Rewards”
    7. Klik butang “Pay Now”
  15. Bagaimanakah cara untuk menggunakan ganjaran wang tunai Kasi Up untuk Tambahan Data?
    1. Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk
    2. Klik sepanduk “Yes Kasi Up Refer & Earn”
    3. Klik butang “Redeem”
    4. Klik Butang “Buy Add-Ons”
    5. Klik butang “Type of Add-Ons”
    6. Klik butang “Payment Type My Rewards”
    7. Klik butang “Pay Now”
  16. Bolehkah saya menggunakan Ganjaran Wang Tunai Kasi Up untuk membayar bil, menambah nilai akaun Prabayar ataupun menambah nilai data sekiranya Perkhidmatan Akaun saya telah digantung?
    Anda boleh menggunakan Ganjaran Wang Tunai Kasi Up di dalam Walet untuk membayar bil, menambah nilai akaun Prabayar ataupun menambah nilai data meskipun Perkhidmatan akaun anda digantung. Anda hanya tidak boleh mengeluarkan ganjaran wang tunai tersebut selagi akaun anda digantung.
  17. Adakah wujudnya tarikh luput untuk menebus Ganjaran Wang Tunai Kasi Up yang berada di dalam Walet (Dompet)?
    Tidak ada. Tiada tarikh luput bagi ganjaran wang tunai Kasi Up yang berada di dalam walet (dompet) anda.
  18. Berapa lamakah proses Ganjaran Wang Tunai Kasi Up akan di masukkan ke dalam akaun bank saya?
    Proses ini bergantung kepada polisi GIRO bank anda. Sila rujuk bank anda sekiranya anda perlukan sebarang penjelasan.