Soalan Lazim


 

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan SIM anda:


  • Langkah 1
    Muat turun, buka aplikasi MyYes dan klik “Pengguna Baru”.

  • Langkah 2
    Klik pada “Aktifkan Sim”, kemudian “Mula”.

  • Langkah 3
    Imbas kod bar yang terdapat di bahagian belakang jacket SIM atau masukkan nombor siri SIM anda secara manual.

  • Langkah 4
    Anda boleh menerima nombor telefon yang ditetapkan atau “Beralih ke Yes” dengan memasukkan nombor yang ada dan mengesahkannya.

  • Langkah 5
    Selesaikan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah-langkah untuk melakukan eKYC dan pengesahan ID anda.

  • Langkah 6
    Mesej pengesahan pengaktifan anda akan dihantar setelah selesai pengesahan.

Pengaktifan penggantian SIM melalui aplikasi MyYes

  • Langkah 1
    Log masuk ke aplikasi MyYes

  • Langkah 2
    Pilih “Aktifkan SIM” untuk teruskan

  • Langkah 3
    Klik “Mula”

  • Langkah 4
    Imbas Kod Bar SIM atau masukkan nombor siri secara manual. Setelah selesai SIM telah diaktifkan

Dengan mengaktifkan perkhidmatan prabayar kami melalui nombor mudah alih ini, anda mengakui, menerima dan bersetuju untuk dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan Prabayar kami seperti yang dinyatakan dalam www.yes.my/legal dan anda juga membenarkan data peribadi anda digunakan, diproses dan /atau diumumkan menurut Dasar Privasi Kumpulan YTL kami yang terdapat di https://ytl.com/privacypolicy.asp

Tekan sini untuk menonton video
How to Activate