Questions Soalan Lazim
Question Categories
- Bagaimanakah saya perlu mengecas telefon pintar YES saya?
Telefon pintar YES menggunakan bateri ion Lithium. Berikut adalah langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi bateri anda:
• Gunakan pengecas dan kabel pengecas asal yang dibekalkan bersama telefon pintar anda.
• Jangan biarkan telefon pintar anda dicas untuk jangka masa yang lama.
• Jangan gunakan telefon pintar anda semasa pengecasan.
- Mengapakah telefon pintar menjadi panas?
Telefon pintar boleh menjadi panas kerana beberapa faktor, termasuk faktor-faktor berikut:
• Menonton video terlalu lama atau pengunaan terlalu lama di skrin anda seperti persidangan video (Google Meet, Zoom, dll.) atau permainan digital.
• Pelbagai aplikasi berjalan di latar belakang (Tip: pada telefon
pintar YES, anda boleh menutup aplikasi yang tidak diperlukan lagi dengan menekan dua kali butang menu (di kanan bawah skrin) dan klik “KOSONGKAN SEMUA”)
- Berapakah suhu operasi biasa untuk telefon pintar?
Jika suhu telefon pintar anda menjadi semakin panas ketika disentuh, anda hendaklah berhenti pengunaan telefon pintar anda dengan segera.
- Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya telefon pintar saya panas?
Sekiranya telefon pintar anda terasa panas, pastikan aliran udara mencukupi di sekitarnya. Anda juga boleh lakukan mana-mana daripada berikut:
• Pastikan aplikasi anda dikemas kini.
• Menghentikan aplikasi yang berjalan di latar belakang (klik dua kali pada butang menu (di kanan bawah skrin) dan klik “KOSONGKAN SEMUA”).
• Hidupkan Mod Penjimatan Bateri.
• Turunkan kecerahan.
• Periksa kabel pengecasan – kabel pengecasan yang rosak boleh menyebabkan pengecas tidak berfungsi. Pastikan kabel dalam keadaan baik.
• Jangan tinggalkan telefon pintar anda di
papan pemuka kereta anda, atau di tepi tingkap dengan cahaya matahari sacara langsung.
- Bagaimanakah untuk saya tahu jika telefon pintar mempunyai bateri yang bengkak?
Buka penutup belakang, dan jika bateri kelihatan bengkak atau bahagian tengah terasa lembut, berkemungkinan bateri tersebut adalah kembung.
Sekiranya bateri anda kembung, bateri itu tidak boleh digunakan lagi. Berhati-hati apabila mengeluarkan bateri kembung dari telefon pintar (biarkan sejuk jika panas semasa disentuh) dan buangkan bateri dengan cara yang betul.
- Di manakah saya boleh mendapatkan syarat penggunaan telefon pintar?
Sila layari https://www.yes.my/tnc/general-tnc
- Saya telah menerima kata laluan sementara daripada YES, adakah saya perlu menukar kata laluan tersebut?
Untuk memastikan akaun anda selamat, anda perlu menukar kata laluan sebaik sahaja log masuk.
Jangan lupa menukarkan kata laluan pada alat peranti YES anda juga.
Untuk arahan lanjut tentang pertukaran kata laluan, klik di sini.
Tips:
Untuk memastikan keselamatan maksimum, pastikan kata laluan anda:- Sekurang-kurangnya mengandungi 8 karakter/aksara
- Tidak mengandungi nama pengguna, nama sebenar anda ataupun nama syarikat anda
- Tidak mengandungi perkataan lengkap
- Adalah berlainan daripada kata laluan yang pernah digunakan
- Menggunakan gabungan modal dan huruf kecil , nombor dan simbol standard
- Konfigurasi Peranti
Step 1: Sambungkan peranti YES anda kepada PC melalui USB ataupun WIFI
Step 2: Lancarkan pelayar web anda dan layar ke http://192.168.1.1/.
Step 3: Log masuk dengan ID YES dan kata laluan anda.
Step 4: Ikuti arahan yang tertera untuk konfigurasi peranti anda.
YES 4G Huddle LTE – XXXX
Seterusnya, masukkan kata laluan WIFI yang telah diberikan di belakang YES Huddle XS 4G LTE.
[Nota: Kata laluan WIFI yang telah ditetapkan adalah 8 angka terakhir nombor IMEI]
● Lancarkan pelayar web anda, taip http://192.168.1.1/ pada bidang URL dan tekan “Enter”.
● Laman admin YES Huddle XS 4G LTE akan dilancarkan
● Taip “admin” di ruang kata laluan. Pelayar kini akan membawa anda ke halaman persediaan
● Ikutilah arahan yang tertera di skrin untuk melengkapkan persediaan
(Bateri sedang dicaj) | |
---|---|
Berkelip Hijau | Sedang bercaj, tahap bateri tinggi |
Berkelip Merah | Sedang bercaj, tahap bateri rendah |
Hijau padat | Dicaj sepenuhnya |
Indikasi Tahap bateri | |
Hijau padat | Tahap bateri tinggI |
Merah padat | Tahap bateri rendah |
Berkelip Merah | Tiada servis/Tiada Kad SIM |
Hijau padat | Disambung kepada rangkaian LTE |
Biru padat | Isyarat LTE RSRP < – 105 |
Hijau padat | Isyarat LTE RSRP > – 105 |
● Tunggu sebentar. YES Huddle XS 4G LTE akan dikesan oleh Windows 7 keatas & Mac OS secara automatik
● Untuk Windows XP/Vista, sila ke ” http://192.168.1.1 -> Advanced Settings > RNDIS > Download ” untuk memasang pemacu.
● Mac OS versions X10.6 dan ke atas
- Berapa lamakah tempoh jaminan yang diberikan untuk peranti YES?
Kesemua peranti kami mempunyai tempoh jaminan 12 bulan dari tarikh pembelian. - Berapa lamakah tempoh untuk mendapat ganti peranti?
Alat ganti anda akan diusahakan secepat mungkin. Tertakluk kepada dasar pemulangan kami, kami akan menggantikan Go 4G Dongle dan Huddle 4G Mobile Hotspot dengan segera di Kedai YES selagi stok masih ada.
- Bagaimanakah cara untuk menyambungkan alat peranti kepada Zoom 4G LTE?
Pastikan Zoom 4G LTE anda dipasang. Seterusnya cari nama rangkaian Zoom 4G LTE SSID yang telah disetkan di alat WIFI anda. Anda sepatutnya menemui:
Yes4G Zoom LTE – XXXX
Seterusnya, masukkan kata laluan WIFI yang telah ditetapkan di belakang YES 4G Zoom LTE.
[Nota: Kata Laluan WIFI yang telah ditetapkan terdiri daripada 8 angka terakhir nombor IMEI] - Bagaimanakah cara untuk menukarkan perincian rangkaian Zoom 4G LTE saya?
Pertama sekali, pastikan Zoom 4G LTE anda disambung kepada komputer anda melalui Wi-FI Zoom. Lancarkan pelayar web dan masukkan http://192.168.1.1/ pada bidang URL. Laman Admin Zoom 4G LTE akan dilancarkan. Taip “admin” di ruang kata laluan. Pelayar akan membawa anda kepada halaman persediaan. - Berapa ramaikah pengguna yang dapat disambungkan kepada Zoom 4G LTE pada satu-satu masa?
Sebanyak 32 peranti boleh disambungkan kepada Zoom 4G LTE pada satu masa. - Bagaimanakah cara untuk set semula Zoom 4G LTE saya kepada tetapan kilang?
- Untuk set semula kepada tetapan kilang, anda perlu menekan dan menahan butang tetapan di belakang selama 30 saat. Peranti akan dihidupkan semula. Anda juga boleh set semula kepada tetapan kilang dari laman Admin.
- Tetapan kilang boleh dilakukan melalui laman Admin Zoom 4G LTE (http://192.168.1.1/). Sila ke Advanced Settings => Management => System Configuration => Restore to factory
- Apakah jenis kad SIM yang digunakan di Zoom 4G LTE?
Zoom 4G LTE menggunakan kad SIM Nano. - Berapa jauhkah radius sambungan rangkaian Wi-Fi Zoom 4G LTE?
Liputan dalaman Zoom 4G LTE adalah lebih kurang 20 – 30 meter. Liputan sebenar adalah tertakluk kepada dinding dan halangan di dalam bangunan.
(2.4GHz – 25-30 meters, 5GHz – 20-25 meters) - Bolehkah saya menggunakan antena lain untuk meningkatkan isyarat Zoom 4G LTE saya? Tidak boleh. Anda perlu menggunakan antena asal yang diberi.
- Adakah Zoom 4G LTE menyokong FOTA?
Ya, Zoom 4G LTE menyokong FOTA. Zoom 4G LTE anda akan dikemas kini secara automatik dengan memuat turun setiap versi baru melalui sambungan sendiri. (But semula untuk memulakannya) - Apakah maksud status ikon LED?
PWR Penunjuk kuasa
-merah semasa but semula
-berkelip kuning semasa FOTA4G LTE Penunjuk isyarat 4G LTE Wi-Fi Penunjuk Wi-Fi LAN1 Penunjuk LAN Port 1 LAN2 Penunjuk LAN Port 2 - Berapakah karekter/aksara yang boleh digunakan untuk WiFi SSID?
Anda boleh gunakan maksimum 32 karekter/aksara. - Berapakah karekter/aksara yang boleh digunakan untuk kata laluan WIFI?
Anda boleh gunakan 8 karekter/aksara secara minimum dan 63 karekter/aksara secara maksimum. - Apakah maksud warna lampu 4G LTE LED?
Kelipan Kuning - Kad SIM tidak dapat dikesan
- (Anda sepatutnya mendengar bunyi klik apabila kad SIM dimasukkan dengan berjaya)
Kelipan Merah - Masukkan pin SIM
- Imbasan sedang berjalan
Hijau Kekal Isyarat sambungan LTE terbaik Yellow Static Isyarat sambungan LTE baik Red Static Isyarat sambungan LTE rendah